What The Hell on Earth is #ProjekBuku

OKAY… I’m going to attempt to initiate a book and I need your participation and contributions for it to materialise. Please read the below carefully and do the necessary if you want to be a part of it. Thanks

————————-

CURRENTLY UNTITLED

The Story of Malaysian Music from Within (working sub-title)

 

WHAT IS IT?

By nature it’s a book

OKAY WHAT IT’S GOING TO BE ABOUT?

It’s a book that compiles writings / experiences / opinions / rants by people who are directly or indirectly involved with Malaysian music.

AND THE POINT IS?

To share knowledge gained from experiences while learning from it too. I felt that there are so many tricks of the trades that are being kept among us. Hopefully with the contributors sharing their knowledge / experiences / opinions lights would be shed on a lot of subjects and it will to an extend serve as a guide or tip for others.

SPEAKING OF CONTRIBUTORS, ARE THERE ANY CRITERIA THAT YOU’RE LOOKING AT?

In order to give the book some level of weight, contributors needs to be at least directly or indirectly contributing to Malaysian music for the last 3 years, actively.

ELITIST EH, YOU!

Well, I’m not going to stop you from thinking so. Just keep in mind that the main purpose of this book is to serve as a casual guide to Malaysian music. The basic logic is – Experiences is essential.

GIVE ME SOME NAMES OF THE CONTRIBUTORS THAT HAVE AGREED TO BE A PART OF THIS?

Nothing in black and white, but those who have agreed to contribute to this initiative includes Monoloque, Liyana Fizi, Youk (Bunkface), DJ Bunga of Twilight Actiongirl, Rahul OBS, Wing Meng (Love Me Butch), Shimmy Latif, Hang Dimas (Hujan), Noh Salleh (Hujan), AG (Hujan) Qi Razali, Yuna and more. Will give you the list of confirmed contributors once I received the topics submissions.

SO WHAT TOPICS DO IT COVERS?

Anything and everything that falls under Malaysian music. From forming a band, writing songs, arranging songs, producing songs, recording, marketing, videos, organising shows, getting radio airplay, giving out interviews, merchandising, running a fanzine/e-zine, social media etc. As long as it has some level of knowledge related to Malaysian music that is worth sharing.

NOW, IS THIS A MAINSTREAM OF UNDERGROUND KIND OF BOOK?

Does it matter? It’s a book that that casually documents Malaysian music from various perspectives and streams. Noticed that I didn’t use the word “Malaysian music industry?” I’m not really interested in “industry” effort. I’m communal.

NOW BASED ON YOUR “CRITERIA” I’M “QUALIFIED” TO CONTRIBUTE. WHAT’S THE DEAL?

For starters, email me (xthinktankx@gmail.com) the subject that you will be writing/sharing about by WEDNESDAY, November 9, 2011.

Last date of submission for your final piece is on Wednesday, Nov 30, 2011.

WHAT’S THE WORD COUNT LIKE?

You tell me. Since you are writing it, from your point of view and experience, it’s rather unfair for me to put a cap or minimum word count to it. What’s important to me is your content. Some people say it in 500 words, some people more. Use your discretion.

WHERE AND WHEN CAN I BUY/STEAL/PHOTOCOPY THIS BOOK?

I can only give you a concrete possible date of release after the Nov 30 deadline. Only then, I’ll know what kind of content I’m dealing with. If you insist, it’ll be around January /February 2012.

I’m bad when it comes to monetising. So, I don’t plan to sell this book at this point of time. The printing of is book, for now will be self-funded by me and Hang Dimas from Morning Rocket/Hujan and maybe few other kindred-spirits who wants to see this initiative becomes reality. As what lies ahead in the future, I honestly don’t know.

WAIT THIS SOUND FISHY. TELL ME, WHO IS BEHIND THIS? WHICH MULTINATIONALS? WHICH CORPORATE ORGANISATION?

I don’t know where did the fishy part came from, but to set the records clear, there are three people who are directly involved with this initiative. Ili Farhana, Hang Dimas and myself. We do not represent any organisations nor are we an organisation. We’re just a part of the Malaysian music community with Utopians dream.

——————————-

CURRENTLY UNTITLED

The Story of Malaysian Music from Within (working sub-title)

APA TU?

Buku menimba ilmu.

OKAY, BUKU PASAL APA?

Buku ni kompilasi tulisan/pengalaman/pendapat/ luahan hati orang yang bekerja secara langsung dan tidak langsung dengan muzik Malaysia.

UNTUK APA?

Untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman sambil belajar dari kisah-kisah orang lain. Saya rasa ramai yang ada tips-tips penting yang boleh dikongsi. Semoga dengan pengalaman/pengetahuan/pendapat para kontributor, para pembaca dapatlah menimba ilmu sedikit sebanyak untuk dijadikan panduan.

CERITA PASAL KONTRIBUTOR, APA CRITERIA YANG ANDA CARI?

Untuk menjadikan buku ini lebih berkesan, contributor perlulah bergiat secara aktif dalam bidang muzik di Malaysia, langsung atau tidak langsung, selama 3 tahun sekurang-kurangnya.

AH. LU ELITIST!

Nak buat camne. Buku ni diterbitkan untuk dijadikan panduan kasual untuk muzik Malaysia. Logik kan kalau saya kata pengalaman itu penting.

SAPA ANTARA KONTRIBUTOR YANG DAH ADA?

Walaupun tidak tertulis dalam bentuk hitam putih, tetapi antara nama-nama yang sudah bersetuju secara lisan untuk terlibat ialah Monoloque, Liyana Fizi, Youk (Bunkface), DJ Bunga of Twilight Actiongirl, Rahul OBS, Wing Meng (Love Me Butch), Shimmy Latif, Hang Dimas (Hujan), Noh Salleh (Hujan), AG (Hujan) Qi Razali, Yuna, Joe Flizzow, Altimet, Yaniz Merican, Daryl Goh, Ahmad Huzaini, dan ramai lagi. Senarai nama lengkap akan dikeluarkan selepas mendapat topic-topik cadangan.

AGAK-AGAK NANTI ADA TOPIK APA DALAM BUKU NI?

Semua dan apa sahaja yang tertakluk di bawah payung ‘muzik Malaysia’. Dari membuat band, menulis lagu, ‘arrange’ lagu, merakam lagu, marketing, video, buat show, cari show, letak lagu kat radio, tatatertib wawancara media, buat merchandise sendiri, buat fanzine/e-zine, jaga akaun social media… macam-macam lah. Asalkan ia berbentuk ilmu yang berkaitan dengan muzik Malaysia dan boleh dikongsi.

BUKU NI MAINSTREAM KE UNDERGROUND?

Penting ke tu? Santai je lah. Buku ni mengumpulkan kisah-kisah muzik Malaysia dari semua sisi dan aliran. Perasan tak saya tak pakai  frasa ‘Industri muzik Malaysia’ dari awal tadi? Saya tak minat la benda-benda ‘industri’ ni. Saya lebih minat ke arah komuniti.

YE LAH. YE LAH. KALAU MENGIKUT ‘CIRI-CIRI’ TADI, SAYA ‘LAYAK’ UNTUK MENYUMBANG. CAMNE NAK JOIN NI?

Senang sangat. Mula-mula emailkan ke xthinktankx@gmail.com topik yang ingin anda kongsi/ceritakan sebelum/pada Isnin, 7 November 2011. Kemudian, pastikan tulisan yang dah siap lengkap di email kan sebelum/pada Rabu, 30 November 2011.

PANJANG MANA SAYA NAK KENA TULIS ?

Terserah. Anda menulis kisah anda dari point of view anda. Tak adil lah pulak kalau saya nak letak kan limit minimum/maksimum ke jumlah perkataan. Yang penting adalah isi penulisan tu. Ada yang nak tulis 500 patah perkataan je. Ada yang lebih. Sukati.

BUKU NI NANTI SAYA NAK BELI/KIDNAP/FOTOSTAT KAT MANA?

Saya hanya boleh bagi tarikh penerbitan selepas deadline 30 Nov nanti sebab lepas tu saya akan tau  tebal buku ni. Seboleh-bolehnya ia akan berada di khalayak umum sekitar January/February 2012.

Buat masa ni, saya tak rasa buku ni akan dijual. Mungkin akan diedarkan secara percuma sahaja. Kos biaya percetakan buku ni nanti akan ditanggung oleh saya, Hang Dimas dari Morning Rocket/Hujan dan beberapa orang lagi yang cukup baik hati. Apa yang akan terjadi di masa hadapan, saya taktau.

AIK? MACAM LAIN JE BUNYI NI. BAIK BAGITAU AWAL-AWAL. BADAN KOPRAT/MULTINASIONAL MANA DI BELAKANG INISIATIF NI?

Setakat ni ada tiga yang yang betul-betul terlibat secara langsung dengan projek ni—Saya, Ili Farhana, dan Hang Dimas. Kami tak mewakili apa-apa persatuan atau pertubuhan dan bukan persatuan atau pertubuhan. Kami cuma sebahagian dari komuniti muzik Malaysia yang mahukan masa depan yang lebih baik untuk semua.

Advertisements